Murphy's law

Murphy's law

23 Mar 2015

Ectogenesis: Rahim tiruan


Gambar dari rhrealitycheck.org

Pada tahun 1924, seorang ahli saintis yang bernama John Burdon Sanderson Haldane (5 November 1892 hingga 1 December 1964) mengeluarkan satu idea di mana kelahiran seorang bayi tidak semestinya daripada rahim seorang ibu. Proses ini dinamakan ectogenesis. Ecto, daripada perkataan Greek iaitu outer, luar. Ectogenesis ini dengan kata lain, membolehkan tumbesaran fetus itu berlaku di luar rahim, iaitu di dalam satu kantung atau bekas yang mengandungi persekitaran yang seakan rahim seorang ibu, diisi oleh cecair amnion (air ketuban) yang dihasilkan dalam makmal, artificial atau tiruan. Tumbesaran fetus yang diinginkan itu boleh berlaku secara total, iaitu dari zigot ke bayi yang lengkap, atau sebahagian daripada trimester kandungan itu. Haldane membuat andaian teknologi ini tidak mustahil akan tercapai dan majoriti kelahiran manusia pada 2074 adalah menerusi ectogenesis.

Lain pula pendapat penulis dan futuris pada era kini, Zoltan Istvan. Berikutan dengan penemuan dan kajian yang terkini, Zoltan berpendapat ia boleh tercapai dalam 20 tahun akan datang.


Kajian terkini dan berkaitan

Dr Yoshinori Kuwabara adalah seorang penyelidik dari Universiti Juntendo yang terletak di Tokyo, Jepun. Matlamat kajian beliau adalah untuk mencari jalan bagi menyelamatkan kelahiran bayi pramatang dengan lebih baik dan berkesan. Pada tahun 1997, beliau berjaya mengeluarkan kandungan seekor kambing yang berusia 17 minggu dari rahim kambing tersebut lalu memindahkannya ke dalam bekas yang mengandungi cecair amnion tiruan. Teknik ini dinamakan sebagai 'extrauterine fetal incubation', proses yang melibatkan fetus itu diletakkan dalam satu bekas yang diisi dengan cecair yang suam, menyerupai cecair amnion. Nutrisi pula dibekalkan melalui tiub yang disambungkan ke tali pusat. Fetus kambing itu dapat hidup selama 3 minggu.

Seorang lagi saintis, Dr Helen Liu dari Universiti Cornell, USA fokusnya adalah mencari alternatif pada golongan ibu-ibu yang langsung tidak dapat untuk mengandungkan anak. Dr Helen berjaya membesarkan embrio tikus dengan meletakkan embrio itu dalam satu 'lipatan' tisu endometrium (tisu sel yang terdapat pada dinding rahim) dan semua ini berlaku dalam piring petri di  dalam makmal. Tetapi sayangnya kajian beliau hanya boleh berjalan selama 14 hari atas sebab-sebab perundangan pihak universiti. Sehingga kajian itu dihentikan, Dr Helen telah melaporkan embrio tikus itu sempat untuk mempunyai jantung yang berfungsi dan secara keseluruhannya ia sihat.

Ini adalah antara kajian yang berkaitan, di mana apabila digabungkan idea-idea ini, konsep ectogenesis adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Kebaikan

Andai kata teknologi ini sudah dapat dicapai, atau seperti apa yang dibayangkan oleh J.B.S. Haldane, pada tahun 2074 hanya 30% sahaja daripada populasi manusia itu yang dilahirkan secara semulajadi, sudah tentu ia dapat menjadi satu alternatif kepada kumpulan sasaran yang tertentu. Tidak lain adalah ibu-ibu yang mengalami masalah untuk mengandungkan anak. Ada ibu-ibu yang seringkali mengalami keguguran kerana antara sebabnya, embrio itu tidak dapat melekat pada dinding rahim. Wanita yang rahimnya telah dikeluarkan terus daripada badan, prosedur hysterectomy, kerana jangkitan kanser rahim. Kadang kala ada juga ibu yang mempunyai kandungan kembar, lalu menyebabkan ruang rahim sudah tidak dapat membesar dan menjadi sempit, dan boleh mendatangkan risiko kepada ibu dan bayi-bayi itu. Jika mahu memperluaskan lagi kumpulan sasarannya, teknologi ini mungkin dapat membuka ruang kepada ibu-ibu yang berpangkat profesional. Di mana atas tuntutan tugas, kadang kala kehamilan menimbulkan 'kesukaran' pada sesetengah ibu berjawatan profesional ini.

Ectogenesis memberi peluang dengan menyediakan satu medium alternatif kepada fetus untuk membesar. Selain itu, tumbesaran fetus boleh dipantau dengan lebih teliti. Atas beberapa parameter yang ditetapkan, komputer akan memantau status fetus itu untuk memastikan ia terus sihat. Tambahan lagi, persoalan seperti intervensi luaran yang boleh menjejaskan kandungan sudah tidak wujud, seperti pengambilan alkohol, dadah atau penyakit daripada ibu.

Isu dan persoalan

Namun timbul juga pelbagai persoalan susulan daripada idea rahim tiruan ini. Apakah kesannya kepada hubungan ibu dan anak itu nanti selepas ia dilahirkan? Dikhuatiri, perhubungan ibu dan anak itu menjadi semakin jauh. Timbul juga kerisauan pada pihak ibu dan bapa. Sebab anak itu ditakuti hanya akan dipandang sebagai satu komoditi semata-mata. Kerana sudah tentu pengalaman dan jerih perih seorang ibu membawa kandungan ke sana sini selama 9 bulan berlainan sekali dengan 'kandungan' di dalam makmal. Dari kesusahan itu maka lahirlah satu ikatan kasih sayang tak berbelah bagi. Memetik kata Charles Krauthammer,

"Why do we want the embryo to be housed in its mother? One of the reasons is that it creates an innate connection between the child and the mother, and the mother becomes uniquely protective and attached. That's human nature. It's even animal nature as well. And it's not the mixing and the "yucking" that's at issue here. It may be severing the connection between the child and the mother, which is a way of protecting that child by giving him a belonginghood to someone who will care. Once you put him in an animal, which is a thing for these purposes, or a machine, which might happen in the future, you create a completely atomized and defenseless creature, and that opens the way to all kinds of tyrannies, social control and lack of autonomy, which we would not want."

Andai kata, tiba waktunya teknologi ectogenesis begitu sempurna dan betul-betul menyerupai kandungan di dalam rahim seorang ibu, malahan lebih baik dan risiko pada ibu dan anak sangat rendah; adakah ia akan memberi impak pada polisi insurans contohnya. Takut pula di pihak insurans nanti, mereka tidak mahu memasukkan kos  perubatan untuk kehamilan dan kelahiran secara semulajadi dalam skim perlindungan mereka. Kerana pada masa itu, sudah sedia maklum ectogenesis lebih selamat dan mudah. Susulan daripada persoalan ini, bagaimana pula halnya akan kebajikan daripada majikan kepada pekerja? Demi memastikan syarikat mereka menghasilkan produktiviti yang berterusan, majikan akan lebih cenderung untuk menjaga staf yang memilih ectogenesis dan mengabaikan staf yang memilih secara semulajadi.

Pada ibu yang memilih alternatif ini, mereka perlu beringat untuk mengambil terapi hormon untuk memastikan mereka dapat menghasilkan susu ibu. Umum tahu bahawa susu ibu hanya akan terhasil susulan daripada kehamilan dan selepas melahirkan bayi. Hormon yang terlibat adalah estrogen dan progesteron.

Kesimpulan

Idea yang membantu perkembangan embrio atau fetus di luar badan manusia itu tidaklah begitu asing pada kita sebenarnya. Pada masa sekarang kita sudah ada in vitro. Inkubator yang membantu bayi pramatang di hospital itu boleh juga dikira sebagai teknologi predecessor akan ectogenesis ini.

Walau apapun, banyak lagi kajian yang perlu dijalankan. Sebenarnya, para saintis masih belum pun tahu secara tepat apakah kondisi yang sesuai dalam pembentukan fetus dalam rahim. Keadaan dalam rahim itu pula adalah berbagai-bagai dari ibu ke ibu yang lain. Sama ada ia adalah suhu badan, denyutan jantung atau ritma pertuturan dan pergerakan ibunya; menjadikan ia sangat sukar untuk ditiru. Dan hasil dari nilai paramater yang berbeza ini, terjadinya manusia itu berbagai-bagai. Dan itulah yang kita panggil 'manusia', bukannya robot dari kilang yang dibuat sama sahaja.


Bacaan lanjutan:



Oleh Sharir Shazni

13 Mar 2015

V For Vendetta, satu penelitian

Filem tahun 2006 ini adalah satu adaptasi dari novel grafik dengan tajuk yang sama oleh Alan Moore dan David Lloyd. Komik ini mula diterbitkan pada 1982. Bergenre political thriller, watak utamanya adalah Natalie Portman dan Hugo Weaving.

Baik filem mahupun komik, kedua-duanya adalah sesuatu yang masterpiece bagi aku. Selepas penayangan filemnya, satu pop culture baru telah muncul. Bila ada sesuatu gerakan atau aktivis berkumpul untuk demo atau protes akan sesuatu isu, organisasi atau parti politik, mesti akan kelihatan kelibat peserta yang memakai topeng yang menyerupai muka Guy Fawkes. Gambar topeng V selalu juga dikaitkan dengan kumpulan Anonymous, satu entiti hacktivist.

Di sini aku ingin berkongsi sedikit sebanyak aku punya pemerhatian, interpretasi dan ilmu yang ada pada filem ini. Oh ya, kalau kau tidak kisah dengan spoiler, teruskan membaca.

Penggunaan aliterasi (alliteration)

Kita lihat dari sudut kesenian sastera dahulu. Memetik monolog V pada tempoh filem 00:06:54, babak di mana V memperkenalkan dirinya kepada Evey;

"But on this most auspicious of nights, permit me then, in lieu of the more commonplace sobriquet, to suggest the character of this dramatis persona.

Voila! In view, a humble vaudevillian, cast vicariously as both victim and villain by the vicissitudes of fate. This visage, no mere veneer of vanity, is a vestige of the vox populi, now vacant, vanished. However, this valorous visitation of a bygone vexation stands vivified and has vowed to vanquish this venal and virulent vermin, vanguarding vice and vouchsafing the violently vicious and voracious violation of volition.

The only verdict is vengeance, a vendetta, held as a votive not in vain, for the value and veracity of such one day vindicate the vigilant and the virtuous. Verily this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it is my very good honour to meet you and you may call me V."

Begitu banyak perkataan bermula dengan V. Ini adalah satu teknik dalam sastera atau bahasa yang dipanggil sebagai aliterasi (alliteration). Ia adalah pengulangan bunyi yang sama pada awal kata atau perkataan. Jadi di dalam ucapan V tadi, pengulangan perkataan berhuruf V di depan. Selalu dijumpai dalam karya puisi. Contoh lain yang biasa kita dengar "Peter Piper picked a peck of pickled peppers". Atau di dalam bahasa Malaysia, "Kamu kemana ku nanti kemari". Kalau kita lihat apa yang V lakukan dalam babak itu, mungkin kita boleh kata itu satu deklamasi puisi sebab hampir semua patah perkataan bermula dengan V. Secara amnya, pada pengucapan biasa aliterasi digunakan sebagai satu bentuk penekanan atau highlight. Sebab aliterasi boleh juga digunakan dalam pengucapan umum. Huruf H atau E selalunya digunakan untuk memberi efek yang menyenangkan (soothing) manakala pengulangan perkataan berhuruf B atau P untuk memberi efek percussion untuk menarik perhatian pendengar dan memberi lebih penekanan.

Satu bentuk penggunaan aliterasi yang lebih praktikal, adalah untuk menjadikan sesuatu slogan itu lebih diingati. Antara yang popular dalam sejarah, "Veni, Vidi, Vici" oleh Julius Caesar bermaksud "I came, I saw, I conquer". Dalam jenama sesuatu produk seperti Dunkin Donut dan Krispy Kreme. Dalam watak kartun, Bugs Bunny dan Donald Duck.

Untuk puisi, pengucapan umum, jenama dan slogan. Tapi satu benda yang aku masih bingung, macam mana si penulis skrip V For Vendetta ini boleh tercapai tahap kekreatifan sebegitu. Oh ya, buat yang tertanya apa benda sebenarnya yang V cuba sampaikan, di bawah adalah versi yang lebih mudah.

"Look! In view, a humble entertainer, portrayed as both victim and villain by the changes of fate. The appearance is not just for the looks, but it represents the once existing People's voice that already disappeared. However, the voice is now resurrected and is ready to destroy the so called superiors operating our very society. The only choice is vengeance, and to accomplish my very feat, I shall recruit only those who are righteous and determined, for we surely will be able to uphold our suppressors. Nonetheless, I believe I have uttered too much. So let me simply add that it is my very good honour to meet you and you may call me V"

Idea sebagai identiti dan maruah diri

Filem ini sangat sarat dengan mesej betapa pentingnya seseorang itu mempunyai satu idea atau satu set pemikiran yang kukuh. Boleh dikatakan ini adalah satu tema utama untuk filem ini. Si penindas atau penguasa rakus boleh merampas dan mencuri apa sahaja dari kita, harta atau keluarga sekalipun, tapi jangan sampai biarkan mereka 'curi' dan 'rampas' fikiran kau dan 'gantikan' dengan pemikiran yang mereka mahukan. Bak kata Valerie, salah satu watak dalam filem ini yang ditangkap, dipenjara lalu dijadikan seakan tikus makmal, semata-mata kerana dia adalah seorang lesbian:

"Our integrity sells for so little, but it is all we really have. It is the very last inch of us, but within that inch, we are free."

"..I shall die here. Every inch of me will perish. Every inch but one. An inch, it is small and fragile, and it is the only thing in the world worth having. We must never lose it or give it away. We must never let them take it from us..."

Teringat kata-kata pujangga, "If you don't stand for something, you will fall for anything". Bermaksud, perlunya seseorang itu untuk berpegang pada sesuatu. Jika tidak, dengan mudahnya kita boleh tewas pada entiti lain yang dikhuatiri bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan secara am atau agama secara khususnya. Di kala waktu peperangan atau mana-mana konflik sekalipun, satu-satu pihak lawan itu akan lebih dihormati apabila pihak itu punya satu pendirian yang tetap, walaupun mereka punya idealogi yang berlawanan.

Sepanjang tempoh filem ini, penonton tidak akan boleh nampak wajah sebenar V. Ya, boleh dikatakan dia memakai topeng itu adalah satu benda yang praktikal, untuk sembunyikan wajahnya yang terbakar. Tetapi secara tersiratnya ia juga adalah satu simbol di mana selain pertuturannya yang penuh dengan ungkapan-ungkapan sastera dan hujah idea, penampilan V itu sendiri pun adalah satu bentuk pembentangan ideanya. The embodiment of the idea. Dengan memakai topeng, V boleh menjadi sesuatu yang lebih besar. Dan kita boleh lihat di babak-babak akhir filem di mana orang-orang awam yang turun ke jalan dengan memakai topeng V, tak berundur sikitpun bila askar-askar cuba halang dan acukan senapang ke arah mereka. Kita juga boleh nampak, bila semua hadirin mula tanggalkan topeng, watak-watak yang telah mati, ada juga di situ. Ini adalah satu mesej yang filem ini cuba sampaikan di mana seseorang itu boleh dibunuh, dihukum mati atau dipenjarakan; tapi si pembunuh, si algojo atau si penguasa itu tidak akan mampu untuk 'membunuh' idea individu terbabit.


Dilema: Pejuang kebebasan atau pengganas?

Dilema yang ada pada aku sekarang adalah, tindakan V ini dikategorikan sebagai pejuang kebebasan atau pengganas? Cuba kita lihat permasalahan ini sebagai orang luar, dari sudut pandang pihak ketiga. Jangan memihak kepada sesiapa. Di satu belah pihak kita boleh nampak jelas kezaliman yang tertera daripada pihak kerajaan. Tetapi di satu pihak yang lain, V membunuh dan merosakkan harta. Jadi dua-dua pihak kita boleh nampak, terlalu ekstrem dalam tindak-tanduk mereka. Bangkit juga persoalan kepada kita yang hidup di dunia realiti ini, adakah akan tiba waktunya nanti apabila perlunya api melawan api?

Untuk justifikasi tindakan V, suasana politik England dalam V For Vendetta adalah kerajaan fasis. Satu orang sahaja yang memegang kuasa. Selain itu orang Islam, bangsa selain kaukasia, gay, lesbian semuanya ditangkap dan diletakkan dalam kem tahanan. Senang kata sesiapa yang bukan berkulit putih, Kristian dan heteroseksual, memang takkan selamat. Mengkritik juga akan ditangkap terus, dan mungkin juga dihukum mati. Jadi kita boleh simpulkan kerajaan di bawah pemerintahan watak High Chancellor Adam Sutler ini sangat zalim. Dan penyelesaiannya adalah revolusi, reformasi sudah tidak lagi relevan. Satu protes aman seperti apa yang dilakukan oleh Mahatma Gandhi kelihatan mustahil pada suasana seperti ini. Malah kemusnahan yang V lakukan itu punya falsafah di sebaliknya.

V : People should not afraid of their governments; governments should be afraid of their people.
Evey: And you'll going to make that happen by blowing up a building?
V: The building is a symbol, as is the act of destroying it. Symbols are given power by the people. Alone, a symbol is meaningless, but with enough people, blowing up a building can change the world.

Untuk justifikasi tindakan Adam Sutler pula. Serata dunia pada waktu itu kelihatan kucar-kacir. USA yang pernah dikenali sebagai satu kuasa yang besar, sedang mengalami perang saudara. Wabak penyakit menjadi satu ancaman besar. Jadi Sutler dan konconya merasakan satu tindakan perlu diambil dengan segera, untuk memastikan negaranya tidak jatuh kucar-kacir seperti di negara lain. Langkah drastik perlu diambil. Tiada masa untuk demokrasi. Maka di akhirnya England 'dilahirkan semula' dengan kerajaan parti Norsefire, mengawal negara itu secara total. For the greater good.

Siapakah yang betul dan siapakah pula yang salah? Atau mungkin dua-dua salah dan dua-dua pun ada betulnya. Itu semua terpulang pada kau untuk menentukan.

Jadi...

Banyak lagi sebenarnya aku nak ceritakan, seperti penggunaan teknik-teknik propaganda oleh si penguasa, simbolik huruf V, betapa watak V begitu 'obses' pada kesenian dan macam-macam lagi. Tetapi aku rasa itu semua mungkin kau sendiri boleh kaji. Dan jika kadang-kala kau merasakan keadaan negara yang kau duduk sekarang ni mungkin ada sedikit persamaan dalam filem ini, apa kata kau cuba teliti apa yang V katakan pada rakyat England semasa dia hijack BTN, stesen TV kawalan Norsefire.

V: Good evening London. Allow me first to apologise for this interruption. I do, like many of you, appreciate the comfort of everyday routine, the security of the familiar, the tranquility of repetition. I enjoy them as much as any bloke. But in the spirit of commemoration, whereupon important events of the past, usually associated with someone's death or the end of some awful bloody struggle, are celebrated with a nice holiday, I thought we could mark this November the 5th, a day that is sadly no longer remembered, by taking some time out of our daily lives to sit down and have a little chat. There are, of course, those who do not want us to speak. I suspect even now, orders are being shouted into telephones, and men with guns will soon be on their way. Why? Because while the truncheon may be used in lieu of conversation, words will always retain their power. Words offer the means to meaning, and for those who will listen, the enunciation of truth. And the truth is, there is something terribly wrong with this country, isn't there? Cruelty and injustice, intolerance and oppression. And where once you had the freedom to object, to think and speak as you saw fit, you now have censors and systems of surveillance coercing your conformity and soliciting your submission. How did this happen? Who's to blame? Well, certainly, there are those who are more responsible than others, and they will be held accountable. But again, truth be told, if you're looking for the guilty, you need only look into a mirror. I know why you did it. I know why you were afraid. Why wouldn't be? War, terror, disease. They were myriad of problems which conspired to corrupt your reason and rob you of your sense. Fear got the best of you, and in your panic you turned to the now high chancellor, Adam Sutler. He promised you order, he promised you peace, and all he demanded in return was your silent, obedient consent.

Belum tonton, sila tonton. Belum ada salinan DVD atau BluRay, sila dapatkan sebelum lupus ditelan stok-stok filem baru atau...censorship?


Oleh Sharir Shazni

6 Mar 2015

Aku Musuh, Bukan Kawan




Aku musuh kamu. Tapi tidak semestinya aku ini bukan dari golonganmu mungkin aku sebahagian darimu juga. Kini, kalau dikatakan musuh, ramai terfikir dan bersangka aku bukan dari kalangan orang mereka. Ala-ala secret agent yang menyusup dalam sesuatu organisasi ataupun macam cerita Captain America: Winter Soldier, mungkin itu aku.

Aku tak nak gagasan, ide dan citra mental asalmu berkembang dan tersebar seluruh dunia. Maka, aku kena menyusun langkah dan rencana secara teliti tersusun dan sangat licik. Apabila gagasan, ide dan citra mental asalmu tersebar dan diterima oleh mereka yang bukan dari golonganmu juga orangmu, kelak wujudlah pelbagai peraturan, undang-undang, budaya dari gagasanmu. Aku musuhmu, tidak sekali aku menerima gagasan itu.

Lalu, aku ada list tentang beberapa strategi dan rancangan untuk menyusup masuk ke dalam pemikiran orang-orangmu. Menguasai pemikiran mereka adalah kunci bagi pintu kejayaan aku. Alhasil, kemandulan, kecacatan dan kelumpuhan dari segenap dimensi fitrah manusiawi mereka tercapai. Mereka tidak akan mampu buat apa-apa.

Pertama, aku tahu mereka ada yang dinamakan iman. Dan iman mereka ni turun naik, naik hingga digelar soleh ataupun turun hingga digelar munafik ataupun fasik. Aku bukan mahu mereka keluar dari kelompokmu, tapi hanya menjadi duri dalam dagingmu. Kerna itu, aku akan make sure iman mereka susah nak naik, lalu turun dan menurun. Mustahil bagi aku memastikan iman mereka tidak naik, tetapi sukar untuk naik itu prioriti aku. Kamu dan mereka, ada nafsu serupa macam manusia lain. Kalau lelaki mudah sahaja, nafsu mereka bukan shopping atau barang kemas tetapi perempuan. Aku berikan mereka perempuan, tapi bukan seperti dulu ala-ala perempuan simpanan atau pelacuran. Mereka kini cerdik, benda-benda seperti itu mereka nampak jelas haram, jijik atau kotor. Aku mahu tease sahaja orang-orang lelakimu ni, aku tayang dan beri sedikit sahaja. Bukan tunjuk semua, just to make sure iman mereka bergelojak deras dan panas. Kesanya, mereka sendiri yang akan berusaha cari jalan untuk berbuat maksiat, couple, zina, rogol, tonton video lucah dan sebagainya. Lalu mengapa harus aku susah perbanyakkan rumah urut atau rumah pelacuran yang hanya menjadi mangsa serbuan, denda, dan leceh sahaja untuk urusan apply lesen-lesen ni untuk dapat status legal. Itu baru sahaja aku rencanakan buat lelaki, bagaimana pula bagi kaum wanitamu?

Kedua, aku twist cara pandang kehidupan mereka. Memakaikan kacamata baru, yang lama aku biarkan mereka simpan, jauh dan terperuk biarkan berhabuk. Mereka kalau tahu tujuan hidup mereka sejak dari kecik atau di brainwash kan bile mereka boleh berfikir, aku memang akan kalah dan kerja aku semakin sukar. Mereka tidak pernah tahu bahkan disembunyikan dari pengetahuan mereka bahawa tujuan hidup mereka harus menyampaikan gagasanmu kepada mereka yang lain, keluarga, rakan, jiran, hatta pada pemimpin mereka sendiri. Kenapa mereka tidak tahu? Kerana telah aku dah sibukkan mereka dengan tujuan lain hingga ia suatu kepayahan buat mereka ingin menyusun masa atau mencari masa nak sampaikan gagasanmu ini. Aku sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang nampak baik bagi mereka, kalau nampak jahat atau teruk, mereka akan sedar. Kita beri dan hiasi mereka melalui benda baik seperti belajar, kerja dan kemewahan. Adakah kamu tidak perlu semua itu? Tidak perlu belajar, tidak perlu cari kerja dan bekerja, tidak perlu kejar kemewahan? Bukan! Bukan mereka tidak perlu. Mereka perlu cuma aku sibukkan mereka sedikit sahaja supaya mereka nampak belajar, kerja, kemewahan ini tujuan hidup mereka tetapi bukan membina gagasan itu. Bagaimana ingin mereka nampak ia sebagai tujuan hidup mereka? Mudah! Aku jadikan sistem belajar atau pendidikan mereka sebagai doktrin untuk kejar kerja dan kemewahan itu sebagai suatu tujuan dan matlamat. Biarkan mereka dengan idea yang ingin aku tanamkan pada mereka, jika bukan straight A’s tidak dapat sambung belajar di overseas, jika bukan straight A’s adalah suatu kehinaan, jika bukan result yang bagus di universiti kelak sukar mendapat kerja. Apabila tidak dapat kerja bagus, gaji diperoleh sedikit. Apabila gaji sedikit kereta idaman bukan dalam capaian, gagal dan sukar membeli rumah besar-besar, barang kemas hanya dipandang disebalik kaca kedai emas dan permata, tiadalah shopping pakaian tapi hanya jalan mencuci mata. Bila tiada kemewahan, semua itu dianggap masyarakat sebagai teruk, hina dan ketinggalan. Tidak percaya? Lihatlah sekelilingmu dan masyarakatmu? Kesannya, masa mereka ini disibukkan dengan perkara-perkara yang aku sebut di atas tadi supaya mereka dapat capai apa yang dikata matlamat dan tujuan hidup mereka.

Konsekuensi dari kedua, mereka akan kejar dan ambil serta mencari masa yang lama tuk mereka rasa puas dengan semua itu. Ambil masa yang lama sampailah mereka sudah tua, lalu hilang kudrat dan lemah dalam mengusaha serta membina gagasanmu itu. Ada yang aku dengar seorang di antara kamu berkata gagasan kamu ini biarlah pendita-pendita dan budak-budak yang belajar tentangnya yang menguruskannya. Kerana yang tidak mengaji tidak mengetahui lalu lain yang diserunya. Aku tergelak dan mampu senyum nakal dengar alasan kawanmu itu. Lalu plan aku yang ketiga adalah based on alasan kawanmu itu. Aku rancang ingin jadikan pelajar-pelajar gagasan itu daripada mereka yang tak cemerlang dek mata golonganmu. Jalannya, aku pamerkan, jeritkan pada mereka sejak kecil bahawa kerjaya jurutera, doktor, arkitek, dan jurusan profesional semuanya daripada merekayang berada di kelas no 1 atau 2 di sekolahmu. Bila result peperiksaan keluar, mereka inilah yang akan cari dan mengambil aliran, kursus atau pengajian profesional di universiti. Inilah penangan dari apa yang aku tunjukkan pada mereka di dalam tv, internet, surat khabar yang golongan profesional ini akan hidup mewah, senang, pakai kereta besar dan suami yang segak, isteri yang hot sampai terliur mereka. Maka apa akan jadi pada mereka di kelas bawah-bawah? Mereka ini tiada choice selain ambil course teologi, business, sains social, politik, pentadbiran dan sebagainya. Hasilnya, mereka inilah yang akan jadi pendita-pendita yang mengejar popularity hingga tidak profesional dalam menyebarkan agamanya, cerita-cerita karut, mengambil kesempatan ke atas agama, manakala businessman pula akan jadi businessman yang korup, rasuah, menindas, cekik darah, yang politik sama juga, korup, penipu, mulut celupar, mencarut bagai, ambil kesempatan, dan yang pentadbiran hasilnya insan-insan yang malas, tak cekap dan efisyen, jenis tak ikut jadual, keluar minum, shopping waktu pejabat dan sebagainya.

Keempat, apabila mereka sudah diasingkan sedemikian rupa dan sudut pandang kehidupan mereka begitu, tugas aku hanyalah sustain kan mereka dengan mentaliti sebegitu. Caranya, aku bagi mereka bantuan. Alangkah baiknya aku. Aku beri mereka bantuan kewangan dan tajaan. Yang tajaan untuk mereka yang cemerlang dalam peperiksaannya maka diakhirnya mereka akan terikat dengan kontrak aku. Kerja dengan aku! Aku bantu mereka, mereka juga bantu aku. Aku beri dan sajikan pada mereka kemewahan, medan kerja dengan perempuan-perempuan yang mengiurkan dan kerja yang stress, hectic hingga kena stay kat pejabat. Jika tidak stay sekalipun, mereka akan balik lewat malam, jika tidak balik lewat malam sekalipun, mereka kena datang pejabat pada hari sabtu atau ahad. Kerah mereka sampai kering hingga tiada masa untuk keluarga dan gagasanmu. Apabila tiada masa untuk keluarga, mereka kurang mendidik isteri atau tegur suami mereka, ajar anak-anak mereka. Masa mereka sudah penuh, bahkan stress dan penuh emosi lalu wujudlah ketegangan antara ahli keluarga. Bergaduh, berentakkan dan kurang bahagia, hingga bercerai-berai bahkan ada yang berbunuhan. Bila mereka ingin belajar tentang gagasanmu, membina gagasanmu? Tiada! Maka dengan itu, mereka berusaha menghantar anak-anak mereka mengaji dan belajar dengan pendita-pendita, produk keluaran dari sistem yang aku aturkan. Mak ayah pula belajar, pergi mendengar syarahan, pidato dan pengajian daripada pendita-pendita dan graduan dari sistem yang sama. Itupun jika mereka ada keinginan pergi mengaji dan menghantar anak mereka belajar. Dan gagasan dan cara hidup yang mereka faham kekal begitu, masa berlalu hingga akhirnya itulah yang menjadi sudut pandang mereka dan menjadi budaya yang disangkakan, begitulah gagasan, ide dan citra mental yang mereka faham.

Terakhir, strategi kelima, aku mahu mereka yang kurang pandai ni terima tawaran pinjaman kewangan aku, baik pelajaran di universiti sampailah bantuan kewangan peribadi, rumah, kereta dan sebagainya. Yang pinjaman pelajaran, sebaik mereka habis belajar, mereka dikejar untuk membayar hutang-hutang mereka kepada aku. Aku kenakan bunga untuk caj servis dan sebagai profit, alhasil mereka akan kerja keras pagi petang siang malam, tidak cukup dengan gaji tetap hingga terpaksa cari kerja sampingan semata-mata ingin bebas dari belenggu hutang. Maka bilakah masa mereka dengan keluarga, anak-anak, masyarakat dan sebagainya? Akhirnya mereka sama sahaja seperti golongan pandai yang aku ceritakan di atas tadi. Yang pinjaman rumah, kereta dan peribadi nak kahwin pun begitu juga, sama sahaja. Hasilnya diorang menghabiskan masa-masa mereka dengan mencari duit untuk bagi kepada aku kembali. Akan aku kerahkan bala tentera aku, menyusup dalam segenap lapangan dan medan bagi merealisasikan idea ini. Menekan dan memaksa kamu dan golonganmu menerima dan hidup bersama sistem idea ini.

Hidup mereka aku seksa, kerah dan perah dengan kitaran yang aku sendiri setting kan tuk mereka. Sejak kecik aku tanamkan idea untuk mereka mengejar cita-cita yang mereka anggap tujuan hidup mereka. Mereka merasakan itulah kepuasan, kemasyhuran atas kemewahan yang mereka dapat dan perolehi. Kitaran yang sama aku lakukan pada binatang ternakan aku, bela dari kecil, duduk dalam kandang yang besar hingga merasakan tidak mampu untuk meruntuhkannya dan melarikan diri hatta sudah besar sekalipun kerana idea yang aku tanam dalam otak mereka. Beri makanan yang enak dan berkhasiat, rumput dan ragutan yang berkualiti tuk mereka gemuk lalu aku menjual pada peniaga-peniaga, dikilangkan dalam bungkusan-bungkusan terhias cantik tuk dikomersialkan. Akhirnya ke tangan manusia-manusia yang akan memakan mereka, makan sehingga kenyang dan gemuk, menghidapi penyakit-penyakit berbahaya lalu diulang kembali kepada aktiviti ternakan yang aku usahakan kerana permintaan, demand yang tinggi yang aku telah rencanakan dan rancangkan. Itulah kitaran sempurna, sebuah ekosistem yang aku cipta agar binatang ternakan aku tidak melawan dan tahu tujuan hidupnya hanya untuk diniagakan kepada manusia.

Aku musuh bukan kawan.

What do you expect?

5 Mar 2015

Ayuh 'hidupkan' diri

Kalau kau bernafas, kau akan berbicara.

Kalau kau bicara, kau akan menyoal.

Kalau kau soal, kau akan berfikir.

Kalau kau fikir, kau akan mencari.

Kalau kau mencari, kau akan mengalami.

Kalau kau alami, kau akan belajar.

Kalau kau belajar, kau akan membesar.

Kalau kau membesar, kau akan mengharap.

Kalau kau harap, kau akan jumpa.

Kalau kau jumpa, kau akan ragui.

Kalau kau ragui, kau akan mempersoal.

Kalau kau persoal, kan akan faham.

Kalau kau faham, kau akan tahu.

Kalau kau tahu, kau nak tahu lebih.

Kalau kau nak tahu lebih,

Kau 'hidup'.


Terjemahan dari iklan National Geographic Live Curious.




Oleh Sharir Shazni.

Eureka? Memento?


Langkah bermula

Fitrah manusia adalah suka berkongsi. Cerita jiran yang begitu rancak dikongsi di kedai mamak, inikan pula cerita sebuah robot bernama Curiosity yang sedang meneroka di Marikh. Begitu juga seperti kami. Penulis akan mencoret semampu mungkin tuk bacaan umum, santai dan mungkin meninggalkan tanda tanya tuk berfikir.

Atas semangat itulah, blog ini ditubuhkan. Objektif kami mudah, ingin berkongsi segala macam maklumat atau ilmu yang kami dapat melalui pembacaan, diskusi, ceramah, forum dan macam-macam tempat lagi, inshaallah (god willing) akan disampaikan di sini.

Tidak akan ada topik khusus yang akan disampaikan oleh para penulis. Kami akan bercakap mengenai pelbagai benda. Mungkin "wisdom" dari pelbagai lapangan dan medan baik dari filem, falsafah ringan fisik dan metafisik, mantik, senibina, bangunan parlimen di Jerman sekalipun hatta aneka saiz lubang hitam di angkasa. Selagi mana kami merasakan ia adalah ilmu dan kehidupan selagi itu kami akan kongsikan di sini.

Mengapa Eureka Memento?

'Eureka' adalah satu ungkapan yang sangat sinonim dengan Archimedes, seorang ahli matematik, fizik dan pencipta. Eureka bermaksud "I found it". Dan ia seringkali dikaitkan dengan saat penemuan solusi terhadap satu-satu permasalahan seseorang. "eureka ! eureka !"

'Memento' adalah apa-apa objek yang dijadikan satu ingatan, kenangan untuk memperingatkan si pemegang objek itu akan sesuatu peristiwa. Contoh, anda mengutip cangkerang di pantai sebagai satu memento lawatan anda di Pulau Perhentian, hatta sekeping gambar yang anda "capture" dengan DSLR kesayangan anda.

Eureka adalah isinya dan kami salutkan kemas menjadi memento buat anda. Moga yang ditulis akan menjadi satu saat eureka lalu kekal memento di minda anda.

Kekerapan entri

Penulis berusaha melayangkan entri secara konsisten seminggu sekali. Dengan izinNya, setiap Jumaat malam merupakan yang terbaru dari kami.

Moga usaha ini berterusan dan istiqamah dalam menjayakan blog ini. Kritikan, komentar, dan cadangan amat kami hargai.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Dengan izinNya, langkah bermula.