Ada orang begitu seronok apabila dapat mengetahui dan mempelajari sesuatu yang baru. Ia seolah-olah satu 'dadah' buat mereka yang punya keingintahuan yang tinggi ini. Walaupun mereka tahu sesuatu perkara itu tidak akan dipraktikkan pun pada kehidupan seharian mereka. Anda bekerja di pejabat yang menjalankan urus niaga biasa, jadi apa gunanya untuk anda tahu perihal planet mana yang sesuai untuk diduduki manusia?
Manusia adalah makhluk yang istimewa. Kita punya kapasiti akal dan kebolehan untuk pergi dengan lebih jauh selepas tercetusnya ingin tahu itu di dalam benak pemikiran seseorang manusia. Kerana haiwan-haiwan lain pun punya sifat sebegitu, cuma mereka tidak ada struktur otak dan fizikal seperti manusia untuk menjalankan ujikaji, penerokaan, mempersoalkan dan lain-lain.
Manusia begitu berkeingintahuan akan kehidupan seekor bakteria, pembakaran 'fusion' dalam matahari atau kitaran air di bumi. Tetapi, apakah sebenarnya sifat ingin tahu itu? What is curiosity?
Motivasi keingintahuan
Terdapat dua teori berkenaan mengapa individu itu punya perasaan keingintahuan yang amat kuat. Teori pertama adalah apa yang dipanggil sebagai 'drive theory'. Iaitu rasa ingin tahu itu tercetus dalam benak fikiran itu sendiri. Teori ini mengatakan keingintahuan itu adalah suatu kemahuan manusia yang boleh dikatakan sama seperti rasa lapar, dahaga mahupun seks. Ia adalah satu keperluan pada seseorang itu yang perlu sentiasa dipenuhi. Dan apabila ia dipenuhi, satu kepuasan buat dirinya. Beberapa kajian menunjukkan rembesan dopamin memainkan peranan dalam hal ini. Dopamin adalah satu kompaun dalam sistem biologi tubuh badan yang sering dikaitkan dengan keseronokan. Jadi kadangkala, mereka akan belajar sesuatu benda itu atas sebab mahu belajar semata-mata. Learning for the sake of learning.
Teori kedua adalah 'incongruity theory'. Dari segi istilah, 'incongruity' ini adalah tidak konsisten. Maka teori ini mengatakan, sifat ingin tahu itu tercetus hasil dari rangsangan luar. Rangsangan luar yang dimaksudkan adalah apa-apa fenomena yang berlaku pada seseorang itu yang pada dirinya, tidak pernah berlaku sebelum ini dan lain dari norma alam. Contoh situasi: pada waktu malam Muthu ternampak satu leretan cahaya merentasi langit. Muthu merasakan itu adalah sesuatu yang luar biasa kerana cahaya yang ada pada langit malam selalunya adalah dari bintang-bintang dan bulan. Jadi di sini, atas keadaan langit malam yang tidak konsisten dan tidak norma seperti pada malam-malam sebelumnya, timbullah rasa ingin tahu dalam diri Muthu untuk tahu dengan lebih mendalam apakah leretan cahaya itu.
(Tidak ada kaitan pada mana-mana Muthu yang sedang memerhatikan langit malam. Jika ada, saya doakan anda untuk menjadi ahli astronomi yang tersohor. Kita sudah ada Komet Halley, mungkin akan ada pula Komet Muthu.)
"Curiosity is one of the forms of feminine bravery" - Victor Hugo
Oleh itu, rasa ingin tahu atau keingintahuan itu boleh terjadi kerana ia adalah ciri peribadi individu itu, atau sekadar kesan tindak balas. Maka sesuailah untuk saya mengatakan kebanyakan golongan pemikir punya sifat ini.
Keingintahuan itu juga adalah satu sifat yang berguna untuk keluar dari kepompong ketakutan. Pada pendapat saya, mungkin lebih sesuai untuk memberi nasihat pada anak-anak atau sahabat yang dikatakan penakut, untuk punya rasa ingin tahu berbanding sifat berani. Contohnya, terjaga dari tidur dan terasa tubuh badan begitu berat sekali. Tangan dan kaki tak boleh bergerak dalam tempoh masa tertentu. Sekarang, pilihan di tangan untuk terus takut dan berfikir hantu yang menghempap tubuh anda atau cuba mencari jawapan atas apa yang berlaku sebentar tadi. Adakah ia berkaitan dengan biologi tubuh badan? Silakan, cari.
Jika ilmu itu ibarat lampu kereta yang menerangi jalan gelap, maka sifat ingin tahu itu adalah 'sparkplug'. Ia adalah pencetus akan segala-gala penerokaan, penemuan, kemajuan pada segala-gala bidang ilmu di dunia ini. Kalau anda berpeluang untuk bersama dengan mana-mana anak kecil, cuba anda teroka apakah persoalan yang sedang berlegar di benak pemikiran anak itu. Kerana kadang-kala, soalan-soalan mereka ini begitu ganjil berbanding soalan-soalan yang kita sebagai dewasa ini selalu utarakan. Apabila kita meningkat dewasa, tanpa sedar minda akan dibentuk oleh 'norma' masyarakat dan sudah terbiasa dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Tanpa timbul rasa untuk tahu pun akan mengapa sesuatu perkara itu boleh berlaku. Mengapa awan itu putih warnanya? Mengapa langit itu biru pada tengah hari, dan oren pula di kala senja?
Oleh Sharir Shazni
Bacaan lanjutan
Saya sarankan pada sesiapa yang mahukan dosej-dosej pengetahuan yang menarik, boleh melawat laman-lawan web atau saluran YouTube ini:
Saluran YouTube Vsauce
Saluran YouTube Smarter Every Day
Oleh Sharir Shazni
Did you hear there is a 12 word phrase you can tell your man... that will trigger deep emotions of love and instinctual appeal for you deep within his heart?
ReplyDeleteBecause deep inside these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, cherish and care for you with his entire heart...
===> 12 Words Will Trigger A Man's Love Impulse
This instinct is so hardwired into a man's mind that it will drive him to work harder than before to love and admire you.
Matter of fact, triggering this dominant instinct is so essential to having the best ever relationship with your man that the second you send your man a "Secret Signal"...
...You will instantly find him open his soul and heart to you in a way he's never expressed before and he'll perceive you as the one and only woman in the world who has ever truly appealed to him.