Pelajar lain mula berkemas dan meninggalkan
studio dari tempat masing-masing. Studio mula hingar-bingar dengan bunyi
kerusi, meja dan bualan dari mereka. Ahmad mula mengemas juga, bersiap untuk ke
solat jumaat pula selepas ini.
“Sir ! Boleh kita bincang sekejap?” Soal
Aizuddin pada Ahmad.
Aizuddin tidak keseorangan, Zafrul dan Nora
turut bersama untuk berbincang dengan pensyarah
mereka. Ahmad berhenti mengemas barang beliau di atas meja depan studio.
“Ya boleh, sudah tentu. Tentang apa kamu
bertiga nak bincangkan?” Jawab Ahmad pada soalan Aizuddin tadi.
“Saya tak fahamlah sir, saya ada idea nak
buat untuk design ni tapi tak sure betul atau salah. Ni contoh precedent saya
untuk idea saya.” Keluh Aizuddin.
“Apa yang kamu tak faham? Mana ada betul
atau salah dalam idea ni. Ia tidak semestinya hitam atau putih, banyak spektrum
yang lain kamu boleh pilih.”
Aizuddin memandang tepat ke mata Sir Ahmad,
seolah cuba mencerna dan menghadam komen pensyarahnya tadi.
“Saya punya idea untuk rak basikal ni
daripada rubrick. Ini sketches saya.”
“Wah! Ini dah macam final design dah ni. Apa
kata kamu explore lagi. Saya tiada masalah dengan idea kamu cuma kamu boleh belek
lagi tentang rubrick ni. Cuba berfikir di luar kotak, orang putih kata think
out of the box !” tegur Ahmad pada Aizuddin.
Zafrul dan Nora hanya khusyuk mendengar
sambil toleh menoleh kepala, sekejap pada Aizuddin, sekejap pada Sir Ahmad.
Mungkin mereka cuba fokus pada perbincangan Aizuddin dan Sir Ahmad.
“Think out of the box? Macam mana ya? Saya
dah explore tentang rubrick ni, dan saya dapat form dan idea macam ni lah.”
Aizuddin cuba defend design beliau.
“Form dan idea ni sudah biasa, cliché, dah
ramai orang buat. Cuba kamu explore lagi. Kamu dapat design ni sebab kamu
pernah nampak rupa dan bentuk ni sebelum ni. Hasilnya, macam yang kamu buat
sekarang ni lah.”
Aizuddin bingung, tak tahu nak explore
macam mana lagi. Minggu ini sudah masuk dua minggu untuk design ni, dan
Aizuddin masih tak dapat keluar dari kotaknya.
“Habis, macam mana nak buat? Saya bila
design rak basikal ni dengan idea saya ni, beginilah yang saya dapat keluarkan,
karekter, elemen dan prinsipnya. Ini final design saya Sir Ahmad!” Aizuddin
mula tegas dengan jawapan beliau.
“Mana boleh kamu tanya saya bagaimana nak
buat? Nanti design itu saya yang punya bukan kamu. Datang dari luar kotak saya,
bukan luar kotak awak.” Ujar Ahmad kepada pelajarnya. Zafrul dan Nora seperti
mahu bercakap sesuatu rentetan dari perbincangan Sir Ahmad dan Aizuddin.
“Macam mana nak berfikir di luar kotak sir?
Macam mana nak tahu idea kita tu di luar kotak atau dalam kotak?” soal Zafrul
dengan muka curious nya. Suasana studio yang hanya tinggal mereka berempat
bertukar sunyi dan hanya bunyi putaran kipas siling yang lama memecah kesunyian
waktu itu. Masing-masing mula serius dengan perbincangan ini, akibat provokasi
daripada Ahmad kepada mereka bertiga.
“Nak berfikir di luar kotak kamu kena
musnahkan dinding sisi,lantai bawah dan siling atas kotak kamu. Kotak kamu
masing-masing! Saya tidak cakap kotak Aizuddin sahaja, tapi kotak kamu Zafrul
dan Nora juga. Setiap kotak kamu berlainan, mungkin kotak Zafrul kotak plastik,
tidak berapa besar dan tinggi, mungkin kotak Aizuddin adalah besi, besar dan
tinggi dan mungkin juga kotak Nora adalah kertas, kecil dan sederhana sahaja tingginya.
Kamu tahu idea itu di luar kotak kamu apabila ia bukan datang dari perancangan
kamu.Itulah element of surprise, design by chance!” ulas Ahmad kepada mereka
bertiga.
Mereka bertiga mula berkerut, tenung tepat
pada mata Ahmad. Ahmad hanya tersenyum, gembira melihat anak didiknya berfikir.
Memerah otak untuk menghadamkan madah pensyarahnya seolah memecahkan kod rahsia,
kunci pada pintu yang baru.
“Kamu pernah tengok cerita Inception,
Insidious….Interstellar?” sambung Ahmad kepada mereka bertiga.
“Pernah!” serentak mereka membalas
“Tapi apa kaitannya tiga cerita tu dengan
kotak yang kita bincangkan ni sir?” Tanya Zafrul.
“Insidious menunjukkan dunia alam ghaib
tiada sempadan” Nora menyampuk.
“Inception nak cerita tentang konsep idea,
ruang dan masa” balas Aizuddin.
“Interstellar memberitahu kepada kita yang
alam semesta ini sentiasa mengembang berkadaran dengan masa lalu konsekuensinya
pada ruang” Ahmad mencelah.
Aizuddin, Zafrul dan Nora mengangguk dan
mula bersetuju dengan relativiti yang cuba Sir Ahmad terangkan kepada mereka.
“Kini kamu berada di dalam kotak, di mana
di sisi kamu, di atas dan dibawah ada entiti yang menghadkan sempadan kamu.
Tonton insidious, di alam yang lain tiada sempadan, maka kamu terpaksa mencari
jalan sendiri, ekspolarasi kamu membawa kepada kejutan, perkara yang kamu tidak
pernah terfikir. Kamu boleh explore pelbagai ruang dan dimensi yang lain
mengikut kehendak kamu, kamu adalah architect, itulah Inception. Kamu mengawal
mimpi kamu, ruang dan masa lantas realitinya berubah kesan relatif yang kamu
design kan. Ruang dan masa itu luas, kamu belum pasti berapa jumlah dimensinya.
Hakikatnya, ruang dan masa yang baru itu hanya kamu dapat jumpai apabila kamu
mencari, eksplorasi dan masuk ke dalamnya. Maka saksikanlah!” panjang penjelasan
ahmad tentang tiga movies tersebut kepada mereka.
Aizuddin menoleh ke luar tingkap,
melontarkan pandangan seakan jauh. Mungkin dia cuba memikirkan apa yang dikata
oleh Sir Ahmad kepada mereka. Zafrul hanya mengangguk dan Nora sudah mula
bersetuju dan menangkap kata-kata dari pensyarahnya. Ahmad hanya meneruskan lirik
senyumannya.
“Keluarlah dari kotak kamu, saya tidak tahu
perincian kotak kamu. Hanya kamu bertiga sendiri mampu memecahkan setiap sisi
kotak kamu. Bermimpilah dan teruskan bereksplorasi, jika kamu masih bersandar
pada sisi kotak kamu, design kamu hanya berada dalam ruang dan masa yang sama,
sedang masyarakat di luar sana menanti sesuatu yang membawa mereka ke ruang dan
masa yang baru. Jika kita tidak mendahului masa, pasti masa meninggalkan kamu
dan hanya passenger yang menumpang waktu. Lantas, pilihlah posisi kamu!” seru
Ahmad yang mula mengangkat messenger bag nya. Mereka bertiga hanya diam seribu
bahasa, tapi dari riak muka dan lirikkan mata seolah sedang berbicara dengan
diri masing-masing.
Jarum jam sudah menunjukkan pukul 1.00
petang, masjid mula membacakan ayat-ayat suci Alquran. Aizuddin, Zafrul dan
Nora juga turut mula berkemas dengan beg masing-masing. Buku lakaran dan
conteng mereka yang berselerak mula disusun rapi di atas meja mereka.
“Dah nak masuk waktu solat, saya beransur
dulu ya? Jangan lupa habiskan surah al-Kahfi masing-masing!” seru Ahmad.
“InshaAllah sir, terima kasih banyak sebab
luangkan masa” sahut Aizuddin.
“Objek pegun akan kekal pegun jika tiada
daya dikenakan ke atasnya. Maka letaklah daya ke atas kamu, dan terus bergerak!
Hukum Newton Pertama, mesti kamu ingatkan? Hehe…” Ahmad gelak kecil sebelum
meninggalkan studio mereka.
Did you hear there's a 12 word sentence you can speak to your crush... that will trigger intense emotions of love and impulsive attractiveness for you deep inside his chest?
ReplyDeleteBecause hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, treasure and protect you with all his heart...
12 Words Who Trigger A Man's Desire Impulse
This instinct is so built-in to a man's brain that it will make him work better than ever before to build your relationship stronger.
As a matter of fact, triggering this dominant instinct is absolutely binding to getting the best ever relationship with your man that as soon as you send your man one of the "Secret Signals"...
...You will instantly notice him expose his mind and soul for you in a way he haven't experienced before and he'll identify you as the one and only woman in the world who has ever truly fascinated him.