Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan Al-Quran? Bagaimanakah kualiti bacaan Al-Quran kita? Bagaimanakah pula dengan penghayatan kita terhadap apa yang tertulis dalam Al-Quran? Sejauh manakah kita merasakan bahawa Al-Quran itu hidup dalam hati kita, dan hidup kita secara keseluruhannya adalah berpandu kepada sibghah(acuan) Al-Quran? Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang dianggap cliche'.
“Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!”.
“Takpalah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarus”.
“Kalau ada masa lapang aku baca la Quran”.
“Alah, aku baca jer, tak pernah tengok pun maknanya. Takpa, dapat pahala juga”.
Kalau begini layaknya sikap kita terhadap Al-Quran, bagaimanakah mungkin diri kita itu terbentuk dengan Al-Quran? Bagaimanakah mungkin Al-Quran itu menjadi panduan agung dalam kehidupan kita sedangkan kita tak pernah mengetahui sekalipun pengertiannya dan kefahamannya? Maka kita harus menyelami hati dan mula memikirkan, bagaimana seharusnya kita bersikap terhadap Al-Quran? Adakah dengan mengambilnya sebagai bahan bacaan ‘mengisi masa lapang’ atau ‘mesti’ cari masa untuk dibaca? Adakah dengan menjadikannya bahan bacaan atau bahan rujukan dalam segenap kehidupan?
Ya, Al-Quran dengan bait-bait kata yang sama inilah yang menjadi perubah kehidupan sebuah bangsa Arab Jahiliah menjadi Khairu Ummah(ummah terbaik). Al-Quran dengan mesej yang sama sejak dulu inilah yang menjadi inspirasi terbebasnya Constantinopel di tangan Islam. Al-Quran dengan suruhan dan tegahan yang sama sejak dulu inilah yang menjadi sebab tertegaknya pemerintahan Islam. Namun, mengapakah kita tidak menjadi sebegitu hebat dengan Al-Quran ini? Adakah salah Al-Quran atau salah Umat Islam?
Tadabbur. Itulah kunci yang akan memberikan impak Al-Quran dalam kehidupan kita. Menghayati
dengan ertikata yang sebenar, meyakini dengan sepenuhnya dan membawa
segala mesej tersebut untuk dipraktikkan dalam kehidupan.
Al-Quran bukan semata-mata untuk para qari yang sedap dan merdu
bacaannya. Al-Quran juga bukan hanya untuk ahli tafsir yang diberikan
petunjuk oleh Allah untuk menggali segala persoalan dalam Al-Quran.
Al-Quran bukan hanya untuk ustaz-ustaz yang memetiknya untuk dijadikan
bahan ceramah. Namun Al-Quran untuk semua, untuk panduan umat manusia
secara keseluruhannya. Maka setiap daripada kita wajib mendalami dan
menghayati Al-Quran, menjadi ‘Al-Quran yang bergerak’, hidup dengan
acuannya.
Firman Allah:
“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (An-Nisa’: 82)
“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (An-Nisa’: 82)
“(Setelah
diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha
memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati
mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran
Al-Quran)?” (Muhammad: 24)
Maka
sekarang kita perlu mengubah orientasi pemikiran. Kalau sebelum ini
Al-Quran itu kita anggap sebagai bahan bacaan, sekarang mari melangkah
setapak dengan menjadikannya sebagai bahan penghayatan. Bahan rujukan untuk segenap isu dalam kehidupan. Bahan penyelesaian kepada segala permasalahan yang dialami dan dirasai.
Berpandukan kepada kitab-kitab tafsir yang ditulis oleh para Ulama’
seperti Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Fi Zilalil Quran Syed Qutub dan
tafsir-tafsir lain, kita selak dan kita dalami Al-Quran. Insya-Allah,
hidup kita akan menjadi semakin terarah dan semakin membaik kerana
kita mengambil sebuah panduan yang tidak bengkok sama sekali.
“Segala
puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya
(Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu
yang bengkok (terpesong).” (Al-Kahfi: 1)
Jom kita berubah bersama Al-Quran!
Selamat Menyambut Ramadhan !
Selamat Menyambut Ramadhan !
As reported by Stanford Medical, It is really the ONLY reason women in this country get to live 10 years longer and weigh an average of 42 pounds lighter than we do.
ReplyDelete(And really, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING related to "how" they are eating.)
BTW, What I said is "HOW", not "what"...
Click on this link to uncover if this little test can help you find out your real weight loss potential