Murphy's law

Murphy's law

30 Apr 2015

Tiang Untuk Berbumbung



Tidak terdiri dan terbinanya sesuatu struktur yang dapat melindungi kita dari panas dan hujan melainkan koordinasi tiang yang betul serta kukuh. Dalam sesuatu pembangunan dan senibina, koordinasi tiang dan struktur asas sangat penting dalam menjamin sesuatu keselamatan pengguna dan juga penghuni.

Bagaimana ingin tinggal di dalam rumah yang tidak berbumbung? Apakah gunanya tiang terdiri tapi tidak mahu "construct" dindingnya dan juga bumbungnya. Akhir sekali, projek terbengkalai, dan bangunan kita tidak dihuni melainkan semak, haiwan liar juga makhluk ghaib.

Sebelum nak dirikan tiang, pasti ada planning dan juga idea untuk membina sesuatu design bukan? Mana mungkin terus menerus dibinanya. Architect sudah tentu ada ideanya, cantik, form, concept, dan macam-macam lagi. Matlamat akhirnya adalah untuk keselamatan, perlindungan, iconic dan keselasaan. Tapi perlindungan yang macam mana yang kita mahukan?

Begitu juga dalam kehidupan kita, islam. Betapa cantiknya Allah mengatur ad-deen ni, bermulanya dengan concept iman. Baru boleh membangunkan tiang. Concept iman itu rukun iman kita dan tiang itu rukun islam kita. Concept dan tiang ini sangat penting dalam merealisasikan sesuatu senibina dan design itu sendiri. Jika concept lemah dan tidak kukuh justifikasinyamacam mana lecturer atau client mahu terima. Serupa juga dengan koordinasi dan planning tiang kita, jika koordinasi dan planning yang tidak betul, natijahnya design hancur, runtuh dan tidak selamat. Manusia pun takut ingin berlindung dalam design yang tidak selamat.


Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin Umar bin al-Khattab r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

"Islam didirikan atas lima perkara iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat,mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan."  H.R.Al-Bukhari

Begitulah apa yang disebut sebagai rukun-rukun yang selama ni kita hafal dan ingat sejak di bangku sekolah. Hafal dan Ingat. Tapi kita belum tentu faham. Bila ada tiang, ia tetap tidak mampu membangunkan sesuatu perlindungan kepada kita,dari hujan atau panas. Ia perlu dilengkapi penuh dengan elemen-elemen lain seperti dinding, bumbung, tingkap, pintu, elektrik, perabot dan juga susunatur space dan program sesuatu design tu supaya design tu dianggap berjaya.

Rukun iman dan Rukun islam adalah asas, fundamental, foundation and acts. Ia adalah pendokong untuk sesuatu kekuatan amal ibadah yang lain seperti syariah, muamalat, dakwah, munakahat, dan lain-lain. Lemah koordinasi dan binaan tiang ini akan membawa kesan buruk pada aspek-aspek di atas. Islam bukan sekadar rukun, tapi ia menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia. Islam adalah sistem hidup, dan rukun-rukun ini adalah tiang sebuah bangunan. Itulah yang harus kita fahami sebagai hamba,pemimpin dan juga orang yang beriman. Realiti kini, kita menyangka cukup sekadar mendirikan tiangnya. Tidak berbumbung, tiada dinding, tidak dipasang elektriknya, tiada kelengkapan perabot. Kita menyangka cukup sekadar mengetahui rukun iman, melaksanakan kelima-lima rukun islam, tapi tiada usaha dalam dakwah, tarbiah, perlaksanaan syariah, membina keluarga islami, beradab dalam pergaulan bermasyarakat, berakhlak dalam muamalat. Manusia sudah lari dari fitrahnya, mengejar yang material lalu lalai untuk membawa manusia kepada sifat manusiawinya.


"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."  Al-Baqarah: 208

Bila kita fahami tiang dan concept ini sebaiknya, barulah kita dapat membina sebuah design yang boleh kita bumbungi dan berlindung dengan selamat. Allah menjadikan islam ini tuk keselamatan kita di dunia. Kerana Dia tahu dunia memang indah hingga melenakan kita semua. Tapi yakinilah kita,jika dunia di anggap indah, syurga itu jauh lebih indah nikmatnya. Dengan kefahaman rukun islam dan rukun iman ini, kita nak bangunkan sistem design ad-deen yang menyeluruh, agar Islam itu capai matlamat akhirnya dan sesuai dengan maksudnya iaitu salam atau selamat. Supaya Islam itu menaungi kita di dunia ini bermula dari dalam diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, negara kita hinggalah ke sebuah ketamadunan.

"...Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu..."  Al-Maidah: 3

20 Apr 2015

Berapa Besar Gelas Kita ?



Malam semakin larut. Badan yang penat setelah bermain futsal masih tidak hilang. Ahmad dan rakan-rakan yang lain lepak di restoran mamak berhampiran pekan, perkena air isotonik bagi merawat badan yang terhidrasi ketika bersukan. Yang lain ada juga yang pesan makanan. Supper kata mereka.

“Hang tak makan ker Ahmad?” Soal Hamdi.

“Makan la sikit, tak gemuk lah kalau makan sikit malam ni. Bukan selalu…” Pujuk Salleh dengan mempelawa roti telur miliknya.

“Uish….aku tak makan sangat malam-malam macam ni, nanti susah bangun subuh.” Jawab Ahmad ringkas dan rasional.

Dua meja makan restoran tersebut yang Ahmad dan rakan-rakan lain penuhkan bersebelahan dengan sebuah meja dengan sekumpulan pemuda sambil menghembus-hembus asap shisha yang mereka langgani. Ahmad hanya melihat, lihat tembus menembusi kepulan-kepulan asap tersebut. Merenung jauh Ahmad melihat gelagat mereka di meja tersebut. Memikirkan ragam, budaya, dan nasib pemuda hari ini kesan dari pengaruh-pengaruh yang tidak baik yang gagal ditapis oleh masyarakat sendiri.

“Ahh….aku ini buruk sangka pula. Takkan mereka duduk shisha terus kau melabel mereka teruk Ahmad?” Ahmad bermonolog sendiri. Cuba meluruskan sangkaannya agar sentiasa memandang dengan baik dan kasih sayang.

“Bos! Tambah lagi air tin ni satu ya!” jerit Imran kepada seorang mamak yang ambil order mereka.

Imran masih muda. Masih seorang pelajar menengah atas dari aliran sains tulen dari sebuah sekolah agama. Ahmad dan rakan-rakan bukan sebaya, bercampur pelbagai umur dan kerjaya. Bagi Ahmad, amat menarik untuk bergaul bersama dari pelbagai latar belakang pendidikan, umur dan kerjaya. Banyak yang boleh dipelajari formal dan tidak formalnya. Memahami psikologi dari setiap aspek dari setiap latar belakang. Kepelbagaian tadi langsung tidak merencatkan pergaulan sesama mereka.

Gelas dan cawan yang memenuhi meja mereka menarik minat Ahmad seketika. Ahmad tersenyum lalu mengambil satu per satu gelas dan cawan tersebut. Gelagat Ahmad diperhati oleh Hamdi, Salleh, Imran dan yang lain.

“Hang buat apa tu Ahmad?” Soal Salleh.

Hamdi menyampuk “ada lah tu yang dia nak cerita lepas ni”

“Korang rasa, kalau aku susun gelas dan cawan ni meninggi secara piramid, dan hanya satu gelas sahaja di puncaknya kemudian aku tuangkan air ke dalam gelas tersebut sampai penuh, air melimpah tak ke dalam gelas dan cawan-cawan di bawahnya?” Ahmad menyoal dengan mengharapkan jawapan dari rakan-rakannya. Salleh menjawab spontan,

“Melimpah, tapi tumpah. Tak semua air yang melimpah tadi masuk ke dalam gelas dan cawan tadi.”

“Kalau hang susun piramid secara bulatan tapaknya, aku rasa dapat kurangkan air yang tumpah tadi.” Imran memberi cadangan kepada Ahmad. Ahmad tersenyum puas kerana rakan-rakannya menjawab persoalannya dengan rasional sekali. Ahmad tahu, secara teorinya, air yang melimpah akan mengalir ke dalam gelas dan cawan di bawahnya kerana hukum graviti dan kapilari yang membenarkannya dengan izin Allah.

“Kalau gelas yang paling atas tadi bertukar saiznya kepada lebih besar secara berkala, agaknya banyak tak air yang melimpah dapat kita kumpulkan?” Ahmad menyambung perbincangannya dengan rakan-rakan.

“Makin kurang dan lambat lah air nak melimpah, ruang semakin besar, semakin banyak air yang perlu memenuhinya dahulu.” Imran menjawab dengan yakin.
“Betul!” bentak Ahmad dengan tegas sambil membelek gelas dan cawan-cawan tadi. Hamdi tidak senang duduk, kerana mengetahui ada perkara yang Ahmad ingin tegaskan melalui perbincangan tadi. Hamdi bertanya,

“Apa yang hang nak cerita sebenarnya Ahmad?”

“Gelas yang di atas adalah keperluan dan kehendak kita, manakala yang di bawah adalah hak-hak masyarakat. Keperluan kita hanyalah ruang di dalam gelas yang mempunyai batasnya, kehendak kita pula adalah saat tindakan kita menukar saiz gelas tersebut. Air yang dituang itu adalah rezekiNya, dan yang terlimpah itu adalah pendapatan kita di mana ada hak buat gelas dan cawan di bawah.” Jelas Ahmad.

“Maksud hang, kita tidak boleh tukar saiz gelas kita?” Soal Salleh kepada Ahmad yang masih membelek gelas tersebut.

“Bukan tidak boleh tukar, tapi sampai bila baru kita akan berhenti untuk menukarnya? Sampai satu had, kita tak bisa Salleh, tak bisa nak minum gelas yang lebih besar. Cuba bayangkan jika kita lebih kenal had (keperluan) kita, air yang terlimpah lebih cepat berbanding jika kita sering menukar saiz gelas kita, lambatlah air itu nak melimpah ke bawah.” Ahmad menoleh kepada seorang makcik yang bekerja keras menjual kerepek dari satu meja ke meja yang lain. Rakan-rakan lain mula menangkap isi hati Ahmad yang cuba Ahmad sampaikan kepada mereka.

“Air yang sudah melimpah ke bawah dapat pula memenuhi gelas dan cawan di bawah lalu mereka pula dapat limpahkan kepada yang lebih bawah daripada mereka. Gelas dan cawan mengikut fitrah hadnya, lalu air akan melimpah. Jika kita boleh ikut fitrah kita?” Ahmad menambah lagi.

“Maka benarlah apa yang Allah firmankan di dalam surah al-quran bermaksud "Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka (bersedekah) pada jalan Allah laksana sebiji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, setiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan ganjaran-Nya kepada siapa yang disukai-Nya dan Tuhan itu Maha Luas pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Al Baqarah: 261). Imran bersetuju dengan penjelasan Ahmad.

“Kita asyik dengan gelas sendiri hingga lupa gelas yang di bawah. Kita asyik menukar gelas yang lebih besar hingga lambat melimpahkan kepada yang di bawah. Apabila ada lebihan dibelanjakan pada yang tidak diperlukan, sedang yang memerlukan menagih lebihan kita.” Ahmad bermonolog pada diri sendiri. Berpesan pada diri sendiri.



“Ok, jom habiskan makanan kita, dah lewat dah ni. Nanti lambat pula bangun subuh haha” cadang Hamdi apabila melihat yang lain semua diam, kelu. Mungkin sedang berfikir apa yang Ahmad kongsikan.

10 Apr 2015

Sifat ingin tahu

Ada orang begitu seronok apabila dapat mengetahui dan mempelajari sesuatu yang baru. Ia seolah-olah satu 'dadah' buat mereka yang punya keingintahuan yang tinggi ini. Walaupun mereka tahu sesuatu perkara itu tidak akan dipraktikkan pun pada kehidupan seharian mereka. Anda bekerja di pejabat yang menjalankan urus niaga biasa, jadi apa gunanya untuk anda tahu perihal planet mana yang sesuai untuk diduduki manusia?

Manusia adalah makhluk yang istimewa. Kita punya kapasiti akal dan kebolehan untuk pergi dengan lebih jauh selepas tercetusnya ingin tahu itu di dalam benak pemikiran seseorang manusia. Kerana haiwan-haiwan lain pun punya sifat sebegitu, cuma mereka tidak ada struktur otak dan fizikal seperti manusia untuk menjalankan ujikaji, penerokaan, mempersoalkan dan lain-lain.

Manusia begitu berkeingintahuan akan kehidupan seekor bakteria, pembakaran 'fusion' dalam matahari atau kitaran air di bumi. Tetapi, apakah sebenarnya sifat ingin tahu itu? What is curiosity?

Motivasi keingintahuan

Terdapat dua teori berkenaan mengapa individu itu punya perasaan keingintahuan yang amat kuat. Teori pertama adalah apa yang dipanggil sebagai 'drive theory'. Iaitu rasa ingin tahu itu tercetus dalam benak fikiran itu sendiri. Teori ini mengatakan keingintahuan itu adalah suatu kemahuan manusia yang boleh dikatakan sama seperti rasa lapar, dahaga mahupun seks. Ia adalah satu keperluan pada seseorang itu yang perlu sentiasa dipenuhi. Dan apabila ia dipenuhi, satu kepuasan buat dirinya. Beberapa kajian menunjukkan rembesan dopamin memainkan peranan dalam hal ini. Dopamin adalah satu kompaun dalam sistem biologi tubuh badan yang sering dikaitkan dengan keseronokan. Jadi kadangkala, mereka akan belajar sesuatu benda itu atas sebab mahu belajar semata-mata. Learning for the sake of learning.

Teori kedua adalah 'incongruity theory'. Dari segi istilah, 'incongruity' ini adalah tidak konsisten. Maka teori ini mengatakan, sifat ingin tahu itu tercetus hasil dari rangsangan luar. Rangsangan luar yang dimaksudkan adalah apa-apa fenomena yang berlaku pada seseorang itu yang pada dirinya, tidak pernah berlaku sebelum ini dan lain dari norma alam. Contoh situasi: pada waktu malam Muthu ternampak satu leretan cahaya merentasi langit. Muthu merasakan itu adalah sesuatu yang luar biasa kerana cahaya yang ada pada langit malam selalunya adalah dari bintang-bintang dan bulan. Jadi di sini, atas keadaan langit malam yang tidak konsisten dan tidak norma seperti pada malam-malam sebelumnya, timbullah rasa ingin tahu dalam diri Muthu untuk tahu dengan lebih mendalam apakah leretan cahaya itu.

(Tidak ada kaitan pada mana-mana Muthu yang sedang memerhatikan langit malam. Jika ada, saya doakan anda untuk menjadi ahli astronomi yang tersohor. Kita sudah ada Komet Halley, mungkin akan ada pula Komet Muthu.)

"Curiosity is one of the forms of feminine bravery" - Victor Hugo

Oleh itu, rasa ingin tahu atau keingintahuan itu boleh terjadi kerana ia adalah ciri peribadi individu itu, atau sekadar kesan tindak balas. Maka sesuailah untuk saya mengatakan kebanyakan golongan pemikir punya sifat ini.

Keingintahuan itu juga adalah satu sifat yang berguna untuk keluar dari kepompong ketakutan. Pada pendapat saya, mungkin lebih sesuai untuk memberi nasihat pada anak-anak atau sahabat yang dikatakan penakut, untuk punya rasa ingin tahu berbanding sifat berani. Contohnya, terjaga dari tidur dan terasa tubuh badan begitu berat sekali. Tangan dan kaki tak boleh bergerak dalam tempoh masa tertentu. Sekarang, pilihan di tangan untuk terus takut dan berfikir hantu yang menghempap tubuh anda atau cuba mencari jawapan atas apa yang berlaku sebentar tadi. Adakah ia berkaitan dengan biologi tubuh badan? Silakan, cari.

Jika ilmu itu ibarat lampu kereta yang menerangi jalan gelap, maka sifat ingin tahu itu adalah 'sparkplug'. Ia adalah pencetus akan segala-gala penerokaan, penemuan, kemajuan pada segala-gala bidang ilmu di dunia ini. Kalau anda berpeluang untuk bersama dengan mana-mana anak kecil, cuba anda teroka apakah persoalan yang sedang berlegar di benak pemikiran anak itu. Kerana kadang-kala, soalan-soalan mereka ini begitu ganjil berbanding soalan-soalan yang kita sebagai dewasa ini selalu utarakan. Apabila kita meningkat dewasa, tanpa sedar minda akan dibentuk oleh 'norma' masyarakat dan sudah terbiasa dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Tanpa timbul rasa untuk tahu pun akan mengapa sesuatu perkara itu boleh berlaku. Mengapa awan itu putih warnanya? Mengapa langit itu biru pada tengah hari, dan oren pula di kala senja?

Bacaan lanjutan

Saya sarankan pada sesiapa yang mahukan dosej-dosej pengetahuan yang menarik, boleh melawat laman-lawan web atau saluran YouTube ini:


Saluran YouTube Vsauce
Saluran YouTube Smarter Every Day


Oleh Sharir Shazni

5 Apr 2015

Aku, Kamu dan Kotak Kita





Pelajar lain mula berkemas dan meninggalkan studio dari tempat masing-masing. Studio mula hingar-bingar dengan bunyi kerusi, meja dan bualan dari mereka. Ahmad mula mengemas juga, bersiap untuk ke solat jumaat pula selepas ini.

“Sir ! Boleh kita bincang sekejap?” Soal Aizuddin pada Ahmad.

Aizuddin tidak keseorangan, Zafrul dan Nora turut bersama untuk berbincang dengan pensyarah  mereka. Ahmad berhenti mengemas barang beliau di atas meja depan studio.

“Ya boleh, sudah tentu. Tentang apa kamu bertiga nak bincangkan?” Jawab Ahmad pada soalan Aizuddin tadi.

“Saya tak fahamlah sir, saya ada idea nak buat untuk design ni tapi tak sure betul atau salah. Ni contoh precedent saya untuk idea saya.” Keluh Aizuddin.

“Apa yang kamu tak faham? Mana ada betul atau salah dalam idea ni. Ia tidak semestinya hitam atau putih, banyak spektrum yang lain kamu boleh pilih.”

Aizuddin memandang tepat ke mata Sir Ahmad, seolah cuba mencerna dan menghadam komen pensyarahnya tadi.

“Saya punya idea untuk rak basikal ni daripada rubrick. Ini sketches saya.”

“Wah! Ini dah macam final design dah ni. Apa kata kamu explore lagi. Saya tiada masalah dengan idea kamu cuma kamu boleh belek lagi tentang rubrick ni. Cuba berfikir di luar kotak, orang putih kata think out of the box !” tegur Ahmad pada Aizuddin.

Zafrul dan Nora hanya khusyuk mendengar sambil toleh menoleh kepala, sekejap pada Aizuddin, sekejap pada Sir Ahmad. Mungkin mereka cuba fokus pada perbincangan Aizuddin dan Sir Ahmad.

Think out of the box? Macam mana ya? Saya dah explore tentang rubrick ni, dan saya dapat form dan idea macam ni lah.” Aizuddin cuba defend design beliau.

Form dan idea ni sudah biasa, cliché, dah ramai orang buat. Cuba kamu explore lagi. Kamu dapat design ni sebab kamu pernah nampak rupa dan bentuk ni sebelum ni. Hasilnya, macam yang kamu buat sekarang ni lah.”

Aizuddin bingung, tak tahu nak explore macam mana lagi. Minggu ini sudah masuk dua minggu untuk design ni, dan Aizuddin masih tak dapat keluar dari kotaknya.

“Habis, macam mana nak buat? Saya bila design rak basikal ni dengan idea saya ni, beginilah yang saya dapat keluarkan, karekter, elemen dan prinsipnya. Ini final design saya Sir Ahmad!” Aizuddin mula tegas dengan jawapan beliau.

“Mana boleh kamu tanya saya bagaimana nak buat? Nanti design itu saya yang punya bukan kamu. Datang dari luar kotak saya, bukan luar kotak awak.” Ujar Ahmad kepada pelajarnya. Zafrul dan Nora seperti mahu bercakap sesuatu rentetan dari perbincangan Sir Ahmad dan Aizuddin.

“Macam mana nak berfikir di luar kotak sir? Macam mana nak tahu idea kita tu di luar kotak atau dalam kotak?” soal Zafrul dengan muka curious nya. Suasana studio yang hanya tinggal mereka berempat bertukar sunyi dan hanya bunyi putaran kipas siling yang lama memecah kesunyian waktu itu. Masing-masing mula serius dengan perbincangan ini, akibat provokasi daripada Ahmad kepada mereka bertiga.

“Nak berfikir di luar kotak kamu kena musnahkan dinding sisi,lantai bawah dan siling atas kotak kamu. Kotak kamu masing-masing! Saya tidak cakap kotak Aizuddin sahaja, tapi kotak kamu Zafrul dan Nora juga. Setiap kotak kamu berlainan, mungkin kotak Zafrul kotak plastik, tidak berapa besar dan tinggi, mungkin kotak Aizuddin adalah besi, besar dan tinggi dan mungkin juga kotak Nora adalah kertas, kecil dan sederhana sahaja tingginya. Kamu tahu idea itu di luar kotak kamu apabila ia bukan datang dari perancangan kamu.Itulah element of surprise, design by chance!” ulas Ahmad kepada mereka bertiga.

Mereka bertiga mula berkerut, tenung tepat pada mata Ahmad. Ahmad hanya tersenyum, gembira melihat anak didiknya berfikir. Memerah otak untuk menghadamkan madah pensyarahnya seolah memecahkan kod rahsia, kunci pada pintu yang baru.

“Kamu pernah tengok cerita Inception, Insidious….Interstellar?” sambung Ahmad kepada mereka bertiga.

“Pernah!” serentak mereka membalas

“Tapi apa kaitannya tiga cerita tu dengan kotak yang kita bincangkan ni sir?” Tanya Zafrul.

Insidious menunjukkan dunia alam ghaib tiada sempadan” Nora menyampuk.

Inception nak cerita tentang konsep idea, ruang dan masa” balas Aizuddin.

Interstellar memberitahu kepada kita yang alam semesta ini sentiasa mengembang berkadaran dengan masa lalu konsekuensinya pada ruang” Ahmad mencelah.

Aizuddin, Zafrul dan Nora mengangguk dan mula bersetuju dengan relativiti yang cuba Sir Ahmad terangkan kepada mereka.

“Kini kamu berada di dalam kotak, di mana di sisi kamu, di atas dan dibawah ada entiti yang menghadkan sempadan kamu. Tonton insidious, di alam yang lain tiada sempadan, maka kamu terpaksa mencari jalan sendiri, ekspolarasi kamu membawa kepada kejutan, perkara yang kamu tidak pernah terfikir. Kamu boleh explore pelbagai ruang dan dimensi yang lain mengikut kehendak kamu, kamu adalah architect, itulah Inception. Kamu mengawal mimpi kamu, ruang dan masa lantas realitinya berubah kesan relatif yang kamu design kan. Ruang dan masa itu luas, kamu belum pasti berapa jumlah dimensinya. Hakikatnya, ruang dan masa yang baru itu hanya kamu dapat jumpai apabila kamu mencari, eksplorasi dan masuk ke dalamnya. Maka saksikanlah!” panjang penjelasan ahmad tentang tiga movies tersebut kepada mereka.

Aizuddin menoleh ke luar tingkap, melontarkan pandangan seakan jauh. Mungkin dia cuba memikirkan apa yang dikata oleh Sir Ahmad kepada mereka. Zafrul hanya mengangguk dan Nora sudah mula bersetuju dan menangkap kata-kata dari pensyarahnya. Ahmad hanya meneruskan lirik senyumannya.

“Keluarlah dari kotak kamu, saya tidak tahu perincian kotak kamu. Hanya kamu bertiga sendiri mampu memecahkan setiap sisi kotak kamu. Bermimpilah dan teruskan bereksplorasi, jika kamu masih bersandar pada sisi kotak kamu, design kamu hanya berada dalam ruang dan masa yang sama, sedang masyarakat di luar sana menanti sesuatu yang membawa mereka ke ruang dan masa yang baru. Jika kita tidak mendahului masa, pasti masa meninggalkan kamu dan hanya passenger yang menumpang waktu. Lantas, pilihlah posisi kamu!” seru Ahmad yang mula mengangkat messenger bag nya. Mereka bertiga hanya diam seribu bahasa, tapi dari riak muka dan lirikkan mata seolah sedang berbicara dengan diri masing-masing.

Jarum jam sudah menunjukkan pukul 1.00 petang, masjid mula membacakan ayat-ayat suci Alquran. Aizuddin, Zafrul dan Nora juga turut mula berkemas dengan beg masing-masing. Buku lakaran dan conteng mereka yang berselerak mula disusun rapi di atas meja mereka.

“Dah nak masuk waktu solat, saya beransur dulu ya? Jangan lupa habiskan surah al-Kahfi masing-masing!” seru Ahmad.

“InshaAllah sir, terima kasih banyak sebab luangkan masa” sahut Aizuddin.


“Objek pegun akan kekal pegun jika tiada daya dikenakan ke atasnya. Maka letaklah daya ke atas kamu, dan terus bergerak! Hukum Newton Pertama, mesti kamu ingatkan? Hehe…” Ahmad gelak kecil sebelum meninggalkan studio mereka.